Apakah itu syarikat multinasional?

Syarikat multinasional ataupun multinational corporation (MNC) ialah sebuah syarikat yang beroperasi di negara sendiri dan negara lain di seluruh dunia. Pejabat utama ataupun headquarters ditentukan untuk bertanggungjawab atas pengurusan dan pentadbiran semua pejabat dan kilang di semua negara yang ada.

Sebuah syarikat hanya layak dianggap sebagai MNC sekiranya operasi berjalan di negara-negara pangkalan dan sekiranya syarikat utama tersebut melabur secara terus di negara-negara pangkalan.

Bolehkah anda namakan beberapa syarikat multinasional yang berada di Malaysia? Nestle merupakan salah satu MNC yang paling besar di dunia dan berada di Malaysia.

Ciri-ciri MNC

Apakah kesamaan ciri-ciri antara semua syarikat multinasional? Mari kita kaji 5 ciri-ciri tersebut.

Mempunyai aset dan perolehan yang tinggi

Sebelum sebuah syarikat mencapai tahap multinasional, perniagaan mesti cukup besar serta menjana keuntungan yang cukup tinggi. Oleh itu, syarikat multinasional memiliki aset yang banyak dan tinggi nilainya.

Memiliki rangkaian cawangan

Syarikat MNC memiliki sebuah rangkaian yang terdiri daripada cawangan di beberapa negara yang berfungsi untuk penghasilan dan pasaran.

Menjalankan perkembangan yang berterusan

Selaris dengan proses perkembangan ke negara lain, syarikat MNC terus berusaha untuk meningkatkan keadaan ekonomi dengan menaiktarafkan urusniaga dan menerusi penggabungan dan pengambilalihan syarikat lain.

Menggunakan teknologi yang canggih

Teknologi yang digunakan oleh syarikat multinasional mestilah cukup memikul operasi, pengeluaran dan pasaran yang diperlukan oleh perniagaan yang besar untuk menjamin perkembangan syarikat yang tinggi.

Menjalankan kegiatan pasaran dan pengiklanan dengan agresif

Syarikat multinasional tetap berbelanja modal yang banyak dalam aspek pasaran dan pengiklanan untuk menjamin kewujudan perniagaannya. Oleh itu, kita sering melihat iklan-iklan syarikat MNC di televisyen, billboard, akhbar, dan sering mendengar iklan di radio. Kempen-kempen pasaran seperti roadshow dan menaja acara-acara merupakan beberapa strategi pasaran jenama syarikat MNC.

Kini, anda tahu lebih tentang MNC. Dalam artikel-artikel yang seterusnya, kita akan mengaji faktor pendorong MNC dan juga beberapa panduan persediaan untuk menubuhkan MNC di Malaysia.