Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, lebih kurang 77% daripada populasi rakyat Malaysia menggunakan Internet dan hampir 90% daripada bahagian populasi tertentu mengakses Internet melalui telefon pintar. Salah satu kelebihan telefon pintar ialah ia membolehkan orang ramai melengkapkan transaksi kewangan di mana-mana sahaja. Apabila bercakap tentang perdagangan dalam talian, pedagang kini telah banyak beralih kepada telefon pintar untuk perdagangan yang lebih mudah. Sebagai pedagang dalam talian di Malaysia, terdapat pelbagai aplikasi perdagangan mudah alih yang anda boleh gunakan bagi tujuan yang memudahkan anda. Anda perlukannya? Google sahaja sesuatu seperti aplikasi perdagangan terbaik Malaysia dan anda akan mendapat akses kepada berdozen-dozen aplikasi seperti ini.

Berikut ialah ABC bagi perdagangan mudah alih.

A untuk Accessibility (Kebolehcapaian)

Dengan telefon pintar, anda boleh membeli apa-apa sahaja secara dalam talian menggunakan sentuhan jari. Teknologi telefon pintar memudahkan anda untuk berdagang dalam talian sambil pada masa yang sama, membuat keputusan pelaburan yang bijak. Dengan telefon anda, anda boleh mengakses sebarang sumber pelaburan penting secara dalam talian pada bila-bila masa dan melengkapkan diri anda dengan pengetahuan yang betul sebelum membuat keputusan pelaburan. Mampu mengakses berita pasaran saham terkini, harga dan ciri-ciri lain akan menjadikan anda berwaspada dengan situasi perdagangan dalam talian.

B untuk Benefits (Manfaat)

Adakah perdagangan dalam talian mudah alih merupakan pilihan yang lebih baik berbanding menggunakan komputer? Bagi pelabur pasaran saham di Malaysia atau mana-mana negara lain, masa merupakan penentu jualan atau belian yang berjaya. Pasaran saham sangat mudah turun naik sehingga sedikit kelewatan boleh menyebabkan anda terlepas peluang pelaburan yang penting. Dengan gajet mudah alih, anda boleh menjejaki pasaran dari mana-mana sahaja secara maya; anda tidak perlu berada di pejabat anda atau duduk melekat menghadap komputer di rumah anda.

C untuk Cost (Kos)

Bagi memaksimumkan pulangan pelaburan anda, anda mesti memastikan kos adalah serendah mungkin. Sebagai perbandingan pelaburan melalui remisier, kos pelaburan mudah alih secara dalam talian adalah kurang dari segi yuran. Perlu diingat bahawa perdagangan dalam talian secara konvensional pun mempunyai kelebihan ini.