Antara syarikat MNC di Malaysia yang berjaya dan terkenal ialah Nestle (Malaysia) Berhad, Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), dan Panasonic Corporation. Anugerah Jenama Majikan Randstad 2018 (anugerah yang menyatakan majikan paling menarik menuruti tenaga kerja) telah dianugerahi kepada Petronas, Shell Malaysia, dan Nestle Malaysia. Mungkin anda pernah melanggani produk dan perkhidmatan syarikat-syarikat tersebut di Malaysia. Apakah faktor yang menjadikan Malaysia sebagai negara yang berpeluang tinggi untuk perkembangan syarikat MNC?

1. Lokasi

Lokasi Malaysia yang berada di tengah-tengah Asia Tenggara adalah strategik, fakta yang menyumbang kepada persinggahan pedagang pada era dahulu untuk kegiatan entreport. Selain itu, negara tetangga Malaysia ialah Singapura, sebuah hab perniagaan yang maju. Lokasi Malaysia mendorong kejayaan syarikat multinasional kerana perhatian antarabangsa akan tertumpu di sini.

2. Infrastruktur

Seperti Singapura, Malaysia turut mempunyai infrastruktur yang sangat baik dari segi pembinaan jalan raya, pengangkutan awam, internet dan teknologi. Infrastruktur yang cemerlang memudahkan akses dari tempat ke tempat secara selamat dan cekap, dan seterusnya meningkatkan kecekapan perniagaan. Malaysia juga senang disampai dari pelbagai negara dengan kewujudan lapangan terbang antarabangsa.

3. Tenaga kerja

Generasi muda di Malaysia semakin berupaya dan mahir setaraf dengan negara-negara dunia pertama. Syarikat-syarikat MNC boleh dijamin bahawa pencari kerja di Malaysia pasti berkebolehan tinggi kerana tahap pendidikan yang semakin meningkat dalam era teknologi ini, termasuknya Bahasa Inggeris yang merupakan lingua franca perniagaan antarabangsa. Menurut Utusan Online, pencari kerja turut menyatakan bahawa majikan syarikat MNC yang ideal mempunyai kesedaran jenama dan daya tarikan jenama di peringkat global. Reputasi syarikat MNC yang baik dan terkenal dapat juga memanfaatkan modal insan dalam membina portfolio dan pengalaman pekerjaan.

4. Kos

Sebagai ekonomi yang ketiga terbesar di Asia Tenggara, Malaysia adalah sangat berjaya dari segi perniagaan eksport. Walaupun begitu, kos operasi syarikat multinasional di Malaysia adalah lebih rendah berbanding negara lain. Ini menjadikannya menarik kepada syarikat-syarikat yang ingin berpangkalan di Malaysia.

Kini, kesedaran global terhadap Malaysia semakin meningkat. Pada kadar ini, dalam jangka 10 tahun yang depan, Malaysia berpotensi berkembang menjadi ekonomi paling besar di Asia Tenggara.