Produk Nestlé di Seantero Dunia

Tahukah anda? Nescafe, Maggi, Milo dan Kit Kat adalah antara produk yang dikeluarkan oleh Nestlé. Terdapat beribu lagi produk yang mungkin anda tidak pernah dengar disebutkan. Produk-produk Nestlé mencakupi pasaran demografik yang luas, dari segi usia, generasi, pendapatan dan kegemaran. Nestlé merentas sempadan negara dengan pengedaran dan penempatan produk antarabangsa.

Sejarah Syarikat Nestlé

Sejak pengasasan Nestlé di Vevey, Switzerland lebih daripada 150 tahun yang lepas, pada tahun 1866, jenama ini telah mencapai kejayaan yang tidak dapat ditandingi di peringkat global. Kejayaan ini mustahil tanpa visi dan misi Henri Nestlé, seorang ahli farmasi dari Jerman. Untuk menurunkan kadar kematian bayi pada abad ke-18an, beliau telah menghasilkan produk makanan bayi dan kesannya terdirilah syarikat Farine Lactee Henri Nestlé.

Sejak itu, syarikat Nestlé berkembang dengan menghasilkan jenis-jenis produk makanan dan minuman seperti susu, coklat, kopi, perasa makanan, dan lain-lain lagi. Kini, Nestlé adalah syarikat makanan dan minuman yang terbesar di dunia dan produknya yang lebih daripada 2000 jenama diedarkan di sebanyak 189 jumlah negara, termasuknya Malaysia.

Matlamat syarikat Nestlé yang multinasional adalah untuk meningkatkan kualiti hidupan dan menyumbang kepada masa hadapan yang sihat.

Navigasi Laman Web Nestlé

Di laman web ini, anda dapat mengetahui lebih lanjut tentang perkembangan Nestlé antarabangsa dan di Malaysia, visi dan misi Nestlé, produk-produk Nestlé, tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dipikul oleh Nestlé untuk menambah nilai kepada masyarakat, serta keadaan dan kegiatan saham syarikat ini.

Anda juga dapat menghubungi kami untuk memberi cadangan, menyatakan ulasan, dan menyumbang kepada penambahbaikkan Nestlé sebagai pembekal produk konsumer.

Kami mengucapkan selamat melayari laman kami dan menjamu Nestlé. Terima kasih atas sokongan padu anda.